KARIPAP KENTANG KEGEMARAN SUAMI & ANAK-ANAK


Assalamualaikum, salam sejahtera.

Pertama sekali saya ucapkan terima kasih dari hati kerana sudi ziarah ke blog Dapur Neeza yang dikemaskini semula susunan dan intipatinya.

Salam perkenalan dari saya Puan Niza Jannah yang merupakan founder kepada brand Dapur Neeza. Semoga apa juga yang saya dan admin blog akan kongsikan memberi manfaat serta kebaikan.

Alhamdulillah syukur kerana langkah saya dalam dunia bisnes semakin meluas serta dapat membantu ramai surirumah terutamanya untuk berniaga dan menambah pendapatan keluarga.

Jom kita cerita tentang KARIPAP KENTANG!

Rasanya ramai orang sangat sukakan karipap berinti kentang. Teringat semasa saya menetap di Bandar Putra, Kulai Johor sekitar tahun 2010 dahulu.

Kami sekeluarga sangat sukakan karipap yang dijual ditepi jalan berhampiran dengan tadika anak. Kalau kami lalu jalan tu, memang akan singgah untuk beli karipap. Sedap!

Masa tu boleh dapat lagi 4 biji RM1.00, sekarang? Sebiji RM0.50 dah! Takpelah.. Itu soal ekonomi :)

Jadi petang ni habuan untuk anak-anak bila mama rajin buatkan karipap inti kentang. Nak tahu rahsia? Karipap kentang akan lebih lazat bila kita masukkan sedikit keledek dan daun sup.

Memang umppph! Tapi selera orang mungkin berbeza.. Kan?

Sesi menguli kali ini dibantu oleh anak-anak yang excited bila tahu mama buat karipap. Okaylah! Jom makan..

P/s: InsyaAllah nanti saya masukkan resipi karipap dalam blog ya.

0 comments