SALAM PERKENALAN DARI NIZA JANNAH

Behind every strong soldier, there is an even stronger woman who stands behind him, supports him, and loves him with all her heart. - SN

Salam kenalan semua. Hari ni Niza nak kenalkan diri :)

Belum pernah upload gambar diri sendiri. Saya ni pemalu sebenarnya tapi kuatkan diri juga untuk berdepan dengan orang supaya boleh berniaga. Itu antara cabaran utama yang perlu kita atasi jika mahu berniaga.

Ini gambar lama ya. Gambar semasa mengandungkan anak kedua di Abu Dhabi pada awal tahun 2006 dulu. Ikut suami yang bekerja di sana. Merasa jugalah hampir 3 tahun menumpang di bumi Arab tu.

Masa mula-mula nak ke sana tu takut juga. Iyalah kalau kat berita tu perang aje.. Tapi realitinya sangat berbeza. Kisahnya saya ikut suami ke Abu Dhabi hujung tahun 2004. Anak pertama baru 4 bulan je masa tu.

Excited juga. Bulan November 2004 kami sekeluarga ke sana dan setiba je kat airport Dubai, rupanya cuaca sejuk! Cecah juga 16 darjah celcius.

Dipendekkan kisah.. 

Hari ini kami menetap di Kg. Bukit Kapar, saya dan suami bekerja sendiri, berniaga macam-macam juga. Tapi baking dan memasak ni memang passion!

Jadi sekarang ni saya dah mula kendalikan kelas baking, ajar buat roti yang simple-simple, kek yang mudah dan ajar juga macam mana nak jual. InsyaAllah dapatlah tambah pendapatan terutamanya surirumah yang mahu berusaha dan mengubah ekonomi.

Until next time.

0 comments