TIADA ASAS MEMBUAT ROTI? TIADA PENGALAMAN MEMBUAT KEK?

Ramuan istimewa :)

Antara soalan yang kerap diajukan ialah tentang TIADA PENGALAMAN & TIADA ASAS. Usah risau kerana modul yang disediakan adalah ringkas dan padat sesuai untuk semua golongan terutamanya yang tiada asas.

Kuncinya ialah KESUNGGUHAN & KEMAHUAN untuk berjaya. Boleh kan?

Sebelum belajar resipi dan adunan baking, perkara yang paling penting akan saya tegaskan ialah mengenai resipi kejayaan dalam diri sendiri.

Cukup penting untuk ubah cara kita berfikir. Jangan lagi terbuai dengan kisah syurga yang indah tapi jauh dari realiti sebenar. Mahu kejayaan datang bergolek? Takkan berlaku!

Dalam sesi-sesi di group WhatsApp, saya akan kongsikan banyak perkara yang menjurus kepada ilmu-ilmu asas yang menjadikan anda bakers yang berwibawa serta boleh menjual. Bukan hanya tahu baking tapi tak reti nak berniaga.

Lagi satu yang saya suka ingatkan ialah tentang KEGAGALAN. Jangan takut untuk lalui kegagalan. Semua kejayaan yang ada hari ini pasti pernah tempuhi kegagalan. Cuma bila kita dapat tunjuk ajar, jumlah kegagalan itu dapat kita kurangkan.

Dah uli punya uli tapi tak dapat hasil yang dimahukan. Itu maknanya ada yang masih kita tersilap dan kurang mahir. Buat lagi, cuba lagi.

Boleh kan?

...

Tapi apa kena mengena dengan gambar kat atas tu? Ini adalah preparation untuk buat pizza dengan anak-anak sekejap lagi. Dah banyak kali buat pun kadang-kadang tu tak jadi juga :)

UPDATE:


Gambar sebelum dibakar dalam oven. Tak tahu nak kategori kreativiti level berapa ni :)

Having fun dengan anak-anak. Great moments to be cherished forever. Dah siap pun pizza masing-masing ikut kreativiti mereka. Yang penting.. Sedap!


Salah satu pizza selepas siap dibakar.

Sebenarnya ada 4 tapi yang ini je sempat snap. Laju aje anak-anak ni makan. Alhamdulillah syukur.. Bahagia itu bukan hanya pada kaya harta tapi lebih bernilai kaya pada jiwa yang bersyukur sentiasa.

0 comments